Alam Semesta Semakin Mengembang: Mukjizat Saintifik Al-Quran

 Alam Semesta Semakin Mengembang: Mukjizat Saintifik Al-Quran



Di dalam ayat al-Quran di bawah ini menjelaskan bahawa alam semesta akan sentiasa “mengembang” dan sememangnya menakjubkan kerana selari dengan penemuan sains semasa.


“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Surah Adz-Dzaariyaat 51:47)


Ianya selari dengan penemuan saintis bahawa alam semesta sentiasa mengembang sejak alam ini mengalami ledakan Big Bang.


Ahli astronomi Amerika Edwin Hubble membuat pemerhatian pada tahun 1929 dan merupakan yang pertama membuktikan bahawa alam semesta berkembang.


Ahli astronomi yang menggunakan NASA Hubble Space Telescope telah mendapati bahawa alam semesta berkembang 5 peratus hingga 9 peratus lebih pantas dari yang dijangkakan.


Justeru, alangkah ajaibnya mukjizat saintifik yang terkandung di dalam al-Quran ini. Seharusnya firman Allah S.W.T menjadi pedoman umat Islam agar menjadi umat yang berakal (Ulul Albab) yang sentiasa mengkaji keajaiban ciptaan Tuhan bagi meningkatkan iman mereka kepada Allah S.W.T.


“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.” (Surah A-li’Imraan 3:191 – Definisi golongan Ulul Albab)


Sesungguhnya pembuktian kebenaran ayat-ayat al Quran dari segi kajian sains adalah merupakan salah satu dimensi dakwah bagi membuktikan al-Quran merupakan kalam Allah S.W.T sepertimana dijelaskan di dalam surah Al-Fussilat 41:53.


“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”



Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???