Pesawat KF-21 Boramae Dilengkapi Radar AESA Berjaya Lakukan Penerbangan.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi perolehan pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA), kejayaan penerbangan pertama pesawat KF-21 Boramae dengan radar AESA itu menunjukkan kemajuan dalam pembangunan pesawat pejuang generasi 4.5 itu.
– Pesawat generasi 4.5 buatan industri pertahanan Korea Selatan sendiri, KF-21 Boramae telah berjaya melakukan penerbangan ujian menggunakan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) keluaran tempatan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi perolehan pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA), kejayaan itu menunjukkan kemajuan dalam pembangunan pesawat pejuang itu.
Pesawat prototaip KF-21 yang ketiga berlepas daripada Sacheon, kira-kira 300km daripada Seoul pada 10 pagi dan menyelesaikan penerbangan selama 84 minit, menurut DAPA.
DAPA memilih syarikat tempatan, Hanwha Systems untuk membangunkan radar AESA bagi pesawat KF-21.
Pada Ogos 2020, prototaip radar AESA bagi pesawat generasi 4.5 yang dipanggil “F-22 versi Asia” itu telah didedahkan pada awam buat pertama kali.
Pesawat prototaip KF-21 Boramae
Menurut Hanwha Systems, radar AESA bagi pesawat KF-21 itu disifatkan sebagai “mata dan otak pesawat” yang membolehkan ia “melihat” dengan lebih jauh segala bentuk ancaman yang mendatang.
“Radar AESA KF-21 adalah satu daripada sensor avionik yang paling penting yang melaksanakan pelbagai misi seperti pemantauan, pengesanan sasaran udara dan darat serta menghasilkan imej-imej video,” menurut syarikat Korea Selatan itu.
Selain membekalkan radar AESA untuk pesawat KF-21, Hanwha Systems juga menghasilkan sistem Electro Optical Targeting Pod, Infra Red Search and Track (IRST) dan Multi-Function Primary Cockpit Display.
Pihak DAPA menggunakan pesawat khas (test-bed aircraft) Boeing 737 untuk mengadakan ujian terhadap radar AESA yang dibangunkan oleh Hanhwa.
Radar AESA bagi KF-21 itu direka untuk mengesan dan mengenalpasti pelbagai sasaran serentak pada tertentu (kemampuan sebenar masih dirahsiakan).
Radar AESA yang dibangunkan oleh Hanwha Systems untuk pesawat KF-21 “Boramae.”
Pembangunan radar AESA bagi pesawat KF-21 itu merupakan cubaan kali pertama Korea Selatan terhadap pembuatan radar AESA yang kini merupakan komponen penting bagi pembinaan pesawat-pesawat termoden dunia.
Berbanding radar PESA (Passive Electronically Scanned Array), radar AESA mempunyai pelbagai kelebihan termasuk jarak pengesanan sasaran yang lebih jauh dan tepat walaupun sasaran itu bersaiz kecil, sukar dikesan oleh musuh serta kemampuan ia untuk menahan daripada tindakan “jamming” oleh musuh.
Sebab itu, negara-negara di dunia ini mahukan pesawat pejuang mereka dilengkapi dengan radar-radar AESA.
Pesawat test-bed Boeing 737 yang digunakan untuk menguji radar AESA dibangunkan oleh Hanwha Systems.
Bagaimanapun, untuk menghasilkan radar AESA adalah amat susah dan hanya beberapa negara sahaja yang memiliki kemampuan untuk membangunkan radar AESA.
Malah Russia juga dikatakan berhadapan dengan kesukaran untuk menghasilkan radar AESA.
Pesawat pejuang KF-21 Boramae yang dibangunkan oleh Korea Selatan dengan kos sebanyak US$6.67 bilion (RM26.7 bilion) telah melakukan penerbangan sulungnya pada Julai tahun lepas.
Penerbangan sulung pesawat prototaip KF-21 itu berlaku kira-kira tujuh tahun selepas program pembangunan pesawat itu bermula pada Disember 2015.
Penghantaran pertama pesawat KF-21 kepada Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) dijangka pada tahun 2026 menggantikan pesawat F-5 dan Phantom miliknya yang telah berusia.
KAI merancang untuk membekalkan 40 buah KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara bermula pada tahun 2026, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat selepas itu.
Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon. — Agency
Apakah itu Dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk ke...
1. Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis: a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya'; b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'. 2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). 3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. 4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur. 5. Sunat Tasbih - solat yang m...
Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Oleh Helmi Effendy Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik. Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis. Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu def...