Malam Nisfu Sya'ban

 

Malam Nisfu Sya'ban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah.

Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]

Oleh itu,

1- Siapa yang banyak dosa; minta ampun.

2- Siapa yang rezeki sempit; minta rezeki.

3- Siapa yang ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan.

Kerana pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat.

Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita.



Malam Nisfu Syaaban di Malaysia jatuh pada hari Selasa, 7 Mac 2023, bersamaan 15 Syaaban 1444H iaitu hari ini.

Malam Nisfu Syaaban adalah malam yg mustajab akan Doanya. Maka, perbanyakkan berdoa dengan khusyuk, rendah diri & bersungguh-sungguh supaya Allah makbulkan segala Doa-Doa kita.


Nabi SAW bersabda: 

“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. 
[HR Ibn Majah, no 1380]


Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???