'Parlimen tergantung, tiada parti dapat majoriti lebih 50 peratus' - SPR

 



PUTRAJAYA: Parlimen Malaysia boleh disifatkan kini berada dalam keadaan tergantung atau Hung Parliament, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan setakat ini, tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata setakat jam 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan parti Sarawak (GPS) 22, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia (satu).


"Tiga bahagian PRU tidak dapat diumumkan iaitu Parlimen Padang Serai kerana kematian calon, Parlimen Kota Marudu serta Baram atas masalah cuaca," katanya pada sidang media mengenai perkembangan keputusan PRu15 di sini, pagi ini.


Abdul Ghani juga memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi kerusi Parlimen pada PRU15 adalah sebanyak 73.8 peratus.


Selain itu beliau berkata, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, daripada 41 kerusi dipertandingkan, PN menguasai 17 kerusi, diikuti BN (16) dan PH (lapan) dengan kerusi DUN Tioman tidak dipertandingkan berikutan kematian seorang calon.


"Tiada mana-mana parti yang memperoleh 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 70.48 peratus," katanha.


Sementara itu Abdul Ghani berkata, bagi DUN Perak yang mempertandingkan 59 kerusi, tiada mana-mana parti yang memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus.


"PN memperoleh 26 kerusi, PH (24) dan BN (9). Peratusan keluar mengundi sebanyak


66.71 peratus," katanya.

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???