Kurang Upaya Namun kacak. Ini 5 jejaka Paralimpik Paling Mencuri Tumpuan.
Sudah la berbakat, kacak pula tu. Biarpun mereka kurang upaya, siapa sangka atlet paralimpik ini mempunyai paras wajah yang menjadi tumpuan.
Kami senaraikan Lima Atlet Paralimpik yang bukan sahaja membuatkan anda tersenyum dengan kejayaan yang diraih, malah turut terpaku dengan wajah kacak mereka.
1. Abdul Latif Romly
Pemuda yang berasal dari Perlis ini mencipta sejarah negara apabila memecahkan tiga rekod dalam masa satu hari dan berjaya memenangi pingat emas ketiga pada sukan paralimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil dalam acara lompat jauh.
Latif mengalami masalah pembelanaran terpilih sebagai ahli sukan terbaik tahun 2016 dan merupakan atlet kurang upaya pertama yang menerima anugerah tersebut.
4. Shukor Farhan Suliman
Kehilangan kaki tidak menghalang atlet berusia 24 tahun ini mengharumkan nama negara.
Tawaran yang diterima daripada Majlis Sukan Negara untuk mewakili negara dalam sukan berbasikal membuahkan hasil apabila Shukor berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 3km kejar mengejar individu campuran.
5. Asri Arshad
Hilang penglihatan sejak lahir, minat terhadap sukan bola sepak sedikit pun tidak menghalang minat Asri untuk bergelak atlet.
Berusia 25 tahun, Asri merupakan pasukan bola sepak paralimpik negara yang bakal berentap di ASEAN Para Games Filipina pada Mac 2020.
Selain bersukan, Asri turut membuat penampilan dalam sebuah dokumentari Eye On The Ball yang menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.





