Ketahui Apa Itu ‘Travel Bubble’ Atau Gelembung Perjalanan
Biarpun menerima banyak cadangan supaya melaksanakan travel bubble atau gelembung
perjalanan, kerajaan Malaysia masih lagi tidak memutuskan pelaksanaannya. Ketahui apa
itu travel bubble.
Apa itu travel bubble?
Travel bubble adalah situasi di mana hanya beberapa pelancong dari negara-negara tertentu
dibenarkan memasuki sesebuah negara yang berjaya mengawal penularan wabak pandemik ini.
Dalam keadaan ini, beberapa negara telah bersetuju membuka sempadan mereka untuk kemasukan pelancong (can move freely within the bubble, but cannot enter from the outside).
Travel bubble merupakan kelangsungan daripada bidang khas pengkaji, Per Block dari Universiti Oxford yang pernah hadir dengan idea social bubble iaitu individu mengembangkan zon kuarantin mereka dengan bergaul dengan mereka yang dirasakan selamat.
Travel bubble memerlukan kepercayaan yang tinggi dalam rakan negara yang mahu menjalinkan kerjasama termasuklah mempunyai kebolehan dalam mengawal wabak seperti memperluaskan ujian COVID-19, mengesanan kontak serta kuarantin yang berkesan.
Antara negara yang bakal mengamalkan konsep travel bubble ini adalah Australia dan New Zealand selepas menutup rapat pintu sempadan negara kepada pelancong luar.
Sejak 23 Mei 2020 lalu, New Zealand mencatatkan sifar kes sehinggalah dua kes dicatatkan semula pada 16 Jun dan satu kes pada 18 Jun 2020. Manakala Australia mencatatkan
kes rendah sejak 22 April 2020 lalu dengan kes paling tinggi dicatatkan 29 Mei 2020 dan 17 Jun 2020 iaitu sebanyak 23 kes.
Sekiranya Malaysia mahu menjalankan kerjasama konsep travel bubble ini, anda rasa negara yang mana paling sesuai dan selamat untuk digandingan dengan Malaysia?
Menurut syarikat perbankan global HSBC (2020), yang paling sesuai adalah Vietnam, Thailand dan Singapura kerana melihat kepada kejayaan kesemuanya mengawal jangkitan COVID-19.
