Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, satu kaum yang menyambut kedatangan Merong Mahawangsa adalah kaum gergasi. Sebenarnya kaum ini adalah kaum Rakshasa. Makna Rakshasa adalah penghormatan yang diberikan kepada satu bangsa yang memelihara moral, etika dan warisan kebangsaannya.
Ramai dari kita melihat adanya candi-candi di Lembah Bujang sebagai Melayu menganut ugama yang tidak selari tauhid pada masa dahulu. Mungkin kita silap.
Ada sebuah halaman yang namanya Mahamada Al Mahadaya yang menceritakan banyak hikayat-hikayat berunsur sastera Hindu. Ada sesuatu yang sedang disampaikan oleh penulisnya.
Dewa Ravana adalah Raja Bangsa Rakshasa di Lanka. Dan dalam Hikayat Merong Mahawangsa, isteri Merong Mahawangsa adalah datangnya dari kaum Rakshasa.
Lanka itu di mana?
Sungai Batu memperlihatkan perubahan pegangan ugama yang selari. Kenapa dikatakan selari. Dari animisme, Hindu Buddha kepada Islam.
Selari dengan apa? Candi-candi di Lembah Bujang tidak ditarikhkan seperti pentarikhan radiokarbon yang dilakukan ke atas Sungai Batu. Dilakukan melalui pemerhatian pembinaan dan dibandingkan dengan tempat-tempat selain Lembah Bujang.
Mungkinkah ada cerita lebih menarik tentang kepercayaan dan pegangan ugama masyarakat Melayu lama.
Banyak yang telah diputarbelitkan. Malahan banyak sejarahwan tempatan berpendapat perihal candi diangkat selayang mungkin kerana ada perkara lain yang mereka sedar apa yang mereka kaji.
Dalam tak sampai dua ratus tahun Kedah menerima campurtangan luar, terlalu banyak petunjuk yang telah dimusnahkan. Termasuk pembakaran besar-besaran Hikayat Merong Mahawangsa semasa Siam menawan Kedah.
Akhirnya tinggal hikayat-hikayat yang telah dicemar sama seperti kitab ugama langit yang tercemar.
Sungai Batu sangat selari dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Sekurang-kurangnya kita tahu perkaitan industri besi itu sangat hampir dengan Nabi Sulaiman AS. Dan takkan bangsa Melayu mempunyai tiket menggunakan nama Nabi dan Rasul yang sangat dimuliakan Islam melainkan cerita-cerita ini benar terjadi atau bersangkutan dengan Nabi dan Rasul tersebut.
Mungkin bangsa Melayu sememangnya adalah bangsa dari Timur yang sentiasa mempertahankan ugama tauhid yang dibawa oleh para Nabi melalui besi yang dikeluarkan oleh mereka. Wallahua'lam.

