Black Death: Wabak Paling Membµnuh Dalam Sejarah
Black Death: Wabak Paling Membµnuh Dalam Sejarah
Sebut saja pandemik, ramai sudah membayangkan nama flu Sepanyol atau Covid-19. Hakikatnya, sebelum kedua-dua pandemik ini menjadi mimpi ngeri penduduk dunia pada era moden ini, ada satu pandemik yang menjadi igauan ramai pada abad ke-14 di Eropah dan Asia. Wabak yang dimaksudkan ialah Black De-ath.
Setiap kali nama wabak ini disebut, mereka bukan merujuk kepada namanya tetapi kepada sejenis peny-akit iaitu wabak bubonik. Wabak ini dicetuskan oleh bakteria Yersinia pestis dan merupakan bakteria sama yang mencetuskan pandemik Wabak Justinian. Tetapi tidak ramai tahu, tatkala kebanyakan kes wabak hilang begitu saja, perkara sama tidak terpakai kepada wabak bubonik.
Ini kerana walaupun Black De-ath diisytiharkan tamat pada 1353, ia terus menjadi ancaman manusiawi di merata tempat di Eropah, Timur Tengah dan Asia untuk empat abad berikutnya. Wabak ini akan muncul setiap 10-20 tahun dalam tempoh 400 tahun dan hanya terkawal menjelang abad ke-19.
Nama Black De-ath itu sendiri sebenarnya bukan berasal daripada Bahasa Inggeris tetapi terma Bahasa Denmark abad ke-18 iaitu den sorte død. Ia merupakan rujukan penglipur lara Sweden dan Denmark terhadap pandemik pada abad ke-15 dan ke-16. Pada abad ke-16 dan ke-17, terma ini diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah yang lain seperti Bahasa Iceland, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis.
Jika melihat sejarah nama itu sendiri, nama Black De-ath sebenarnya sudah lama digunakan. Orang pertama yang menggunakan nama ini ialah Homer menerusi karya sastera epik Yunani bertajuk Odyssey.
Dalam mahakarya tersebut, Black De-ath digunakan bagi melambangkan kengerian seekor raksasa bernama Scylla yang perlu ditempuh krew Odysseus.
Penulis dan sejarawan Rom, Seneca the Younger pula menggunakan terma Black De-ath atau mors atra (Black De-ath dalam Bahasa Latin) bagi menggambarkan epidemik peny-akit yang membawa kepada kema-tian dan tiada harapan untuk sembuh.
Dalam konteks Black De-ath pada abad ke-14, terma ini mula disebut oleh ahli astronomi Belgium, Simon de Covino menerusi sajaknya berjudul Penghakiman Matahari di Jamuan Zuhal (On the Judgement of the Sun at a Feast of Saturn).
Ramai cendekiawan abad ke-14 percaya penularan wabak Black De-ath bermula di kota pelabuhan Messina, Itali. Wabak ini dikatakan dibawa oleh pedagang-pedagang Genoa yang melarikan diri dari Kaffa, Crimea pada tahun 1347. Pada tahun tersebut, kerajaan Ulug Ulus[1] yang dipimpin oleh Jani Beg[2] melancarkan kempen penaklukan terhadap bandar pelabuhan yang menjadi koloni orang Genoa ketika itu.
Menerusi kempen inilah, wujud cerita penduduk Kaffa merupakan yang terawal dijangkiti wabak bubonik selepas Beg mengarahkan orang-orangnya melemparkan mayat yang berpeny-akit ke kota itu.
Hakikatnya, cerita sebegini menimbulkan persoalan mengapa Black De-ath tidak tersebar luas seperti dinyatakan dalam tempoh singkat? Ini kerana mengikut kronologi peristiwa penularan Black De-ath, ia mengambil masa setahun sebelum menjadi pandemik yang kita kenali hari ini.
Sebenarnya, dalang sebenar penyebaran Black De-ath ialah tikus-tikus hitam yang dijangkiti oleh bakteria Yersinia pestis.
Tikus ini hidup di kawasan petempatan manusia dan kapal serta suka tinggal berhampiran dengan manusia. Kebiasaannya, wujud tempoh 10-14 hari sebelum wabak itu membu-nuh seluruh koloni tikus sekaligus menyukarkan kutu yang berada pada tikus-tikus yang na-zak ini mencari perumah yang baru iaitu manusia.
Apabila manusia digigit oleh kutu-kutu berpeny-akit ini, bakteria akan dibawa ke nodus limfa sekaligus mengakibatkan nodus limfa menjadi bengkak dan radang.
Kebiasaannya, apabila ia berlaku, ia mengakibatkan nanah terutama di bahagian ketiak dan pangkal paha. Dan ini asal-usul sebenar peny-akit bubonik dan bagaimana ia menjadi mimpi ngeri manusiawi sama ada menerusi Wabak Justinian atau Black De-ath.
Jangkitan selalunya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk muncul sebelum mangsa jatuh sakit.
Tempoh tiga hingga lima hari seterusnya menyaksikan 80% mangsa yang dijangkiti kembali ke balik papan. Dengan mengambil kira tempoh jangkitan daripada pengenalan wabak kepada koloni tikus hinggalah jangkitan dalam komuniti, ia mengambil masa 23 hari sebelum menular dalam kalangan komuniti.
Tetapi untuk menjadi epidemik dan seterusnya pandemik, wabak bubonik harus tersebar ke koloni-koloni tikus lain sebelum menjangkiti komuniti manusia lain.
Perkara ini lewat disedari oleh ramai cendekiawan yang merekodkan peristiwa-peristiwa semasa Black De-ath dengan tempoh jangkitan yang berbeza. Misalnya, jangkitan wabak bubonik di kampung-kampung mengambil masa 40 hari, bandar kecil (enam hingga tujuh minggu), bandar dengan populasi melebihi 10,000 orang (tujuh minggu) dan kota besar (lapan minggu).
Jangkitan bubonik boleh terjadi sama ada menerusi batuk atau da-rah tercemar pesakit atau kutu yang dibawa tikus yang tinggal di kapal-kapal atau kafilah dagang.
Bagaimanapun, kutu tikus kapal dilihat menjurus kepada punca sebenar pandemik Black De-ath. Ini kerana sebaik tikus-tikus ini mendarat di pelabuhan atau kota melalui kafilah dagang, kutu-kutu ini boleh berpindah ke perumah lain.
Selain itu, ia juga boleh beradaptasi dengan melekat pada pakaian manusia atau haiwan tunggangan mereka. Kelebihan sebegini yang mengakibatkan lebih ramai orang dijangkiti wabak bubonik.
Memandangkan kutu-kutu yang membawa Yersinia pestis suka hinggap pada tikus kapal atau rumah, ia memperlihatkan wabak bubonik sebagai peny-akit bermusim.
Sejarawan Ole Jorgen Benedictow membuat kesimpulan itu selepas melihat kebanyakan kes Black De-ath dan bubonik dari abad ke-14 hinggalah epidemik abad ke-17 di Norway.
Dalam kesemua kes yang direkodkan, tiada sebarang kes penularan peny-akit bubonik dilaporkan pada musim sejuk. Ini ditambah dengan rekod penularan jangkitan perlahan semasa musim sejuk Eropah dan terhenti di kawasan-kawasan pergunungan seperti Pergunungan Alps.
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan tentang Black De-ath ialah kepadatan populasi sesebuah petempatan dan aktiviti perdagangan global termasuk Laluan Sutera dilihat menyumbang kepada bilangan kes kema-tian yang tinggi pada abad ke-14. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam banyak sejarah negara yang terkesan seperti England.
Sejarawan dari Universiti Oxford, Paul Slack mendapati 90% penduduk yang menetap di kawasan perkampungan menjadi mangsa Black De-ath.
Jangkitan menjadi semakin pantas apabila wujud jangkitan sesama manusia sekaligus mempercepatkan penularan jangkitan dan mengakibatkan bilangan kema-tian yang tinggi terutama di bandar-bandar besar.
Bagi penduduk-penduduk yang terkesan dengan gelombang Black De-ath, mereka langsung tidak tahu bagaimana untuk mengekang penularannya. Perlu diingat, Zaman Pertengahan Eropah masih dianggap zaman gelap kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk mengekangnya.
Pada mereka, wabak bubonik yang melanda ketika itu merupakan bala daripada Tuhan sebagai hukuman kepada dosa-dosa mereka. Mereka boleh saja melakukan perkara-perkara yang dianggap manifestasi taubat mereka atau berserah kepada ‘ketentuan Tuhan’ itu.
Selalunya, manifestasi taubat ini diperlihatkan menerusi penindasan dan penghapusan golongan yang dianggap menyeleweng daripada ajaran gereja termasuk orang Yahudi.
Tahun 1348 dan 1349 menyaksikan ribuan orang Yahudi ma-ti dibu-nuh dan memaksa ribuan lain melarikan diri ke wilayah-wilayah sekitar Eropah atau Timur Tengah. Menjelang tahun 1351, 350 pembu-nuhan beramai-ramai dilancarkan ke atas komuniti Yahudi Eropah.




