APA ITU ISTIDRAJ ⁉️
APA ITU ISTIDRAJ ⁉️
BAHASA:
Sesuatu yang berlalu, datang dan pergi. Kedudukan dan susunan. Mengheret sesuatu secara perlahan-lahan.
ISTILAH:
Hadis: Nabi s.a.w. bersabda: “Sekiranya kamu melihat Allah memberikan dunia kepada hamba-Nya padahal dia suka melakukan maksiat, maka itulah istidraj.” (Riwayat Ahmad)
al-Jurani: Allah menjadikan seseorang hamba mendapatkan apa yang dihajatinya dari masa ke masa sehingga ke penghujungnya untuk digantikan dengan bala dan azab.
al-Kafawi: Kurniaan Allah kepada segala keinginan hamba-Nya di dunia untuk menambah kesesatan, kejahilan dan kedegilannya pada setiap hari agar dia jauh dari Tuhannya.
TANDA-TANDA ISTIDRAJ
1. Dikurniakan umur yang
panjang, tetapi semakin tergelincir dari landasan Tuhan.
2. Dikurniakan nikmat yang
banyak, tetapi masih jauh
daripada Tuhan.
3. Ditunda hukuman
supaya terus melakukan dosa
dan kemudian dikurniakan azab
yang sangat berat.
KESAN ISTIDRAJ
1. Ditangguhkan bertaubat
2. Bertambah dosa
3. Bertambah sesat
RUMUSAN
Istidraj bukanlah bermaksud
penghujung kehidupan seseorang.
Bala dan azab yang dikenakan
setelah menerima nikmat yang
banyak adalah peringatan supaya kita kembali ke pangkal jalan.
Oleh itu, sentiasalah beristighfar
atas segala ujian yang
menimpa supaya kita tidak terus tersasar daripada landasan yang benar. Taubat perlu menjadi agenda
kehidupan kerana setiap hari
pasti kita melakukan kesilapan.
-
Dr Azrul Azlan, Majalah Solusi 133.
