‘Angin Pasang’ Boleh Terjadi Jika Melakukan Senaman Terlalu Kuat, Ikuti Penerangan Doktor Pakar Ini

 

Mungkin di kalangan anda tidak peka atau tahu dengan jelas apa itu ‘angin pasang’ atau hernia. Selama ini, Kami jangkakan anda mungkin pernah mendengarnya tappi tidak ambil kisah.

Tahukah anda atlet profesional seperti pemain bola sepak pernah berdepan masalah ini? Antara yang pernah dilaporkan ialah David Beckham dan Lionel Messi. Namun mereka berdua mendapat rawatan awal bagi mengelak berlakukan komplikasi lebih teruk

Antara penyebabkan ialah melakukan latihan keras berpanjangan dalam tempoh yang lama. Namun sebelu itu apa yang anda tahu tentang ‘angin pasang’?

Memetik portal rasmi MyHEALTH dari Kementerian Kesihatan Malaysia, angin pasang atau hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada.



Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ‘reducible‘.

Kami berkesempatan menemubual seorang pakar bedah dari Gleneagles Hospital, Dr, Yap Chee Leong untuk mengetahui dengan lanjut tentang punca serta mengapa angin pasang ini boleh berlaku. Dan tahukah anda angin pasang ini boleh berlaku bukan kepada orang dewasa sahaja tetapi juga kanak-kanak!

Kami berkesempatan menemubual seorang pakar bedah dari Gleneagles Hospital, Dr, Yap Chee Leong untuk mengetahui dengan lanjut tentang punca serta mengapa angin pasang ini boleh berlaku. Dan tahukah anda angin pasang ini boleh berlaku bukan kepada orang dewasa sahaja tetapi juga kanak-kanak!



Ikuti temubual eksklusif kami bersama berliau menerusi video di bawah!



Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???