Nelayan didenda RM211,000 kerana belayar tanpa insurans
Kuala Terengganu: Seorang pemilik bot nelayan warga tempatan didenda RM211,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah belayar tanpa insurans dan melanggar syarat sah lesen, Ogos lalu.
Hakim Nooriah Othman menjatuhi hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, Murkhan Jasin, 47, mengikut Seksyen 1361(1) Ordinan Kapal Saudagar 1952.
Tertuduh didenda RM200,000 dan berdepan hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.
Tertuduh turut didenda RM11,000 bagi kesalahan mengikut Seksyen 477 (2), Seksyen 483B (1), Seksyen 483 (e) di bawah ordinan sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustapha.
Bot nelayan itu ditahan bot Penggalang 45 Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) menerusi Op Kuda Laut pada kedudukan 56 batu nautika dari Kuala Terengganu pada 16 Ogos lalu.
Tertuduh membayar denda itu.
