Lelaki bangla suka pegang tangan semasa berjalan
PENDEDAHAN
MENGAPA LELAKI BANGLADESH SELALU PEGANG TANGAN SEMASA BERJALAN | Perkara yang
sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa
mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki.
Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay? Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.
Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay? Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.
"Kamu jalan pegang tangan anak
lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar,
kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu
kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu
membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan
anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan.
Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka
seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda
kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay".
Saya
senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru.
Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna
bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain.
Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.
Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.
P/s
: Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya
kena guna banyak bahasa isyarat.
