Dua Kes Kematian dalam 24Jam ( 5/7/2014)
Kes Kematian Orang Ternama.
Kes 1:
Kes 1:
Anak Linda Rafar meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 5 Julai:
Tidak lama selepas pemergian Biduanita Kedua Negara, Datuk Sharifah Aini, keluarga bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar juga kehilangan orang tersayang.
Anak kedua Linda, Rezaimen Keiflin meninggal dunia pada petang Sabtu, akibat ketumbuhan kronik dalam perut dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi.
Berita kematian Rezaimen, 12 tahun, dimuat naik oleh Linda melalui laman Instagramnya sekitar jam 6 petang.
“Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH,” tulisnya.
Sejak beberapa hari lalu, Linda turut meminta pengikut lamannya mendoakan untuk Rezaimen.
Tulisnya: “Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang.”
Rezaimen atau lebih dikenali sebagai Memen, dikatakan menderita penyakit berkenaan sejak April lalu dan mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Kes 2:
Sharifah Aini Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.
Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.
Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini pada Sabtu.
Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.
Tulisan di FB itu menggambarkan seolah-olah beliau sudah merasakan bakal pergi buat selama-lamanya.

P/S : yang pasti mati itu akan datang bila-bila masa.