Bekerja sambil jalan-jalan
Pada minggu lepas, Isnin (7hb April 2014) aku telah ditugaskan untuk pergi ke Negeri Pahang untuk ke Kilang Sime Darby. Tujuannya untuk membuat lawatan tapak dengan buat Preventive Maintenance. Aku pergi dengan kawan sekerja, Yarid. Dia budak kuantan. Jadi jalan-jalan kawasan Kuantan dia pakarlah.
Pada pagi Isnin tu aku tunggu Yarid dekat kawasan rumah aku. Pergi dengan menaiki kereta aku. Destinasi pertama kami pergi ke Kilang Bukit Puteri, kawasan Raub.
Pada pagi Isnin tu aku tunggu Yarid dekat kawasan rumah aku. Pergi dengan menaiki kereta aku. Destinasi pertama kami pergi ke Kilang Bukit Puteri, kawasan Raub.
KKS Bukit Puteri
Selepas habis kerja kat kilang itu, aku dengan Yarid terus keluar. Hajat nak terus ke Kuantan tapi memandangkan waktu tidak mengizinkan, masuk Lebuhraya dah Jam 5, memang tak sempat nak masuk Kuantan. Aku bagi cadangan kat yarid yang kita akan bermalam di Temerloh saja. Jadi Jadual terpaksa tukar. Temerloh pun ada kilang sawit, dekat kawasan Kerdau.
Sampai saja di Temerloh kami terus cari hotel untuk bermalam. Nasib agak baiklah sebab ada hotel yang harganya sederhana. RM78 untuk satu malam. Nama hotel itu Bestari Hotel, terletak di tengah bandar Temerloh, kiranya adik beradik dengan Jelai Hotel. Yang bestnya ada sarapan. Jimat belanja. Lepas Check In, aku mengajak Yarid pergi bersiar-siar sambil minum petang. Saja nak hilangkan dahaga. Lepas habis minum kami balik ke hotel untuk berehat.
keadaan didalam bilik hotel itu
katil saiz king. memang selesa
pintu bilik
Bilik air dengan tandas. Sangat besar boleh mandi bertiga
Bilik disediakan sekali dengan beranda
Beranda bilik, tempat Yarid merokok hehehe.
Pada pagi Selasa (8hb April 2014) aku dan yarid bergerak pergi ke KKS Kerdau. Jam 10 pagi kami sampai kesana.
Lepas habis kerja kat KKS Kerdau, kami terus keluar dan menuju ke Kuantan. Kali ini Yarid yang pandu kereta aku. Kuantan kawasan dia, lebih afdal kalau dia yang pandu.
Keluar dari kilang jam 5, dalam ham 7 kami sampai ke Kuantan. Yarid bawa aku bersiar-siar di bandar Kuantan. Tak sangka aku banyak betul sudah berubah. Jauh Berbeza dengan dulu. Yarid bercerita semasa Kuantan dilanda banjir besar dahulu. Dia bawa aku pergi melawat tempat-tempat yang ditenggelami air.
Selepas itu kami singgah di pantai Teluk Cempedak sekejap untuk menunaikan Solat Maghrib. Selepas itu aku hantar Yarid balik kerumahnya. Sebab rumahnya di Kuantan, jadi rasanya lebih afdal dia balik jumpa dengan keluarnya. Aku balik ke hotel.
Aku sewa bilik hotel yang terletak di sebelah stadium Kuantan. Harganya agak murah RM60 untuk satu malam tetapi depositnya mahal sangat, rm40. Jumlah semua rm100. Tapi tak apalah janji deposit boleh dapat semula.
Hotel yang aku sewa pada malam itu.
Katil bujang, sesuai untuk aku seorang
keadaan bilik
tandas yang agak memuaskan
tempat beradu
disekitar stadium kuantan
Stadium kuantan
Pada pagi rabu (9hb April 2014) aku menjemput Yarid di rumahnya pada jam 9.00 pagi. Lepas itu kami terus bergerak pergi ke KKS jabor.
Kami habis kerja di KKS Jabor pada jam 1.00 tengahhari dan pada Jam 2.00 petang kami balik ke Kuala Lumpur.
*ps ; kedua-dua hotel yang aku sewa itu ada kemudahan WIFI, memang berbaloi













