Hari ini dalam sejarah Islam.

Pada hari ini di tahun 590 Masihi, Khosrau II telah ditabalkan sebagai Shah Parsi. Khosrau II adalah Shah Parsi yang terakhir memerintah Parsi secara mutlak sebelum Parsi ditawan oleh angkatan tentera Islam ketika era pemerintahan Khalifah Umar ibn Khattab r.a.

Rasulullah s.a.w pernah menghantar surat menyeru Khosrau II kepada Islam tetapi Khosrau II telah bertindak biadap dengan mengonyak - ngonyak surat tersebut dan mengarahkan Bazan iaitu gabenor Yaman yang merupakan negara ufti Parsi untuk menangkap Rasulullah s.a.w dan membawa baginda s.a.w kembali ke Parsi. Apabila Rasulullah s.a.w mendapat tahu bahawa Khosrau II mengoyak - ngonyak surat yang dihantar oleh baginda s.a.w, baginda s.a.w mendoakan supaya Allah s.w.t mengonyak - ngonyakkan kerajaannya.

Bazan, iaitu gabenor Yaman telah menghantar 2 orang bawahannya untuk menangkap Rasulullah s.a.w dan apabila mereka bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w menyatakan kepada mereka berdua

“Nasib telah bertukar bagi raja kamu. Khosrau telah dibunuh olah anaknya sendiri, Sheroya. Kamu bawalah mesej kepada tuan kamu. Juga beritahunya bahawa ia akan mengetahui nanti bahawa kerajaan Islam akan berkembang hingga ke ibu negara Kerajaan Kisra”.

Kedua - dua orang suruhan Bazan telah memeluk agama Islam setelah melihat budi pekerti Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Kemudia mereka kembali ke Yaman dan menyampaikan apa yang Rasulullah s.a.w katakan. Tidak lama selepas itu datang utusan yang menyatakan Khosrau II telah dibunuh oleh anaknya sendiri lalu Bazan dan orang bawahannya mengakui kenabian Rasulullah s.a.w dan beramai - ramai memeluk Islam.

Selepas pembunuhan Khosrau II, berlaku perebutan kuasa dan perang saudara di Parsi dan 5 tahun selepas itu bermulalah misi angkatan tentera Islam untuk menawan Parsi dan membalas keangkuhan mereka yang menghina dan mengonyak - ngonyak surat Rasulullah s.a.w. Di sebabkan perang saudara kerana pembunuhan Khosrau II, angkatan tentera Islam berjaya menawan Parsi dengan mudah.

Isi Kandungan Surat Rasulullah s.a.w kepada Khosrau II
-------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dari Muhammad Rasul Allah kepada Kisra, Raja Farsi.

Semoga salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan NabiNya. Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Allah telah menjadikan Saya nabi dan menghantar Saya ke seluruh alam, supaya saya dapat semaikan ketakutan kepada Allah kepada setiap orang. Terimalah Islam dan terselamat. Jika kamu enggan, segala dosa Zaorastrian akan menjadi tanggungjawab kamu.

(Sirah Tabari, jilid 3, ms 90 dan Sahih Bukhari)

-Sejarah Islam Dulu Dan Kini-

:- Gambar syiling yang memaparkan wajah Khosrau II


Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???