8 menara jam terkenal di malaysia
Antara menara jam yang terkenal di Malaysia ialah:
1.MENARA JAM SULTAN ABDUL SAMAD,KUALA LUMPUR
Dibina sekitar tahun 1894 hingga tahun 1897,menara jam ini adalah sebahagian dari kompleks bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi bangunan pentadbiran pada zaman penjajahan British di Malaya pada masa itu.Menara jam ini dibina sebagai memperingati ulang tahun jubli emas pemerintahan Ratu Victoria,ratu Empayar Britain dan jajahannya pada masa itu.
Menara jam ini mempunyai ketinggian 41 meter dan mempunyai kubah berwarna seperti tembaga berkilat.Bercirikan seni bina Mughal India,menara ini direka bentuk oleh seorang arkitek British iatu A.C Norman.
Menara ini juga pernah menyaksikan satu peristiwa bersejarah di Malaysia pada malam 31 Ogos 1957 iatu peristiwa penurunan bendera Union Jack(bendera Empayar Britain) dan kenaikan bendera Persekutuan Tanah Melayu di padang Kelab Royal Selangor,berhadapan dengan bangunan dan menara tersebut.Peristiwa besar ini menandakan kemerdekaan sebuah wilayah jajahan British di Timur Jauh dan lahirnya sebuah negara merdeka yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu(Malaya).
Menara jam ini juga menjadi saksi kepada banyak lagi peristiwa bersejarah seperti pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan penyelarasan standard waktu di Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak dan Singapura pada tahun 1982.
Setiap tahun pada tarikh 31 Ogos dan 16 September,seluruh rakyat Malaysia akan berkumpul menyambut hari kemerdekaan dan Hari Malaysia di Dataran Merdeka berhadapan dengan menara ini,di samping sambutan besar yang lain seperti sambutan ambang tahun baru dan hari keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong.
2.MENARA JAM JUBLI EMAS,PULAU PINANG
Juga dibina sekitar tahun 1897,menara ini dibina di tengah bulatan Lebuh Light dan Lebuh Pantai di tengah bandaraya Georgetown di Pulau Pinang.Menara ini juga dibina sempena ulang tahun jubli emas pemerintahan ratu Victoria yang memerintah Empayar Britain masa itu.Menara ini berukuran 60 kaki,di mana satu kaki mewakili satu tahun pemerintahannya.
Menara jam ini dibina oleh seorang jutawan Cina iatu Cheah Chen Eok dan mula dibina sekitar tahun 1897.Namun Ratu Victoria tidak sempat melihat menara ini siap kerana apabila menara ini siap sepenuhnya pada tahun 1902,sang ratu telah lama meninggal dunia.
Jika kita pernah melawat Georgetown dan melihat sendiri menara ini,pasti kita hairan mengapa menara ini agak condong sedikit.Ini adalah kerana pada masa meletusnya Perang Dunia kedua di rantau Asia Pasifik,menara ini menjadi mangsa pengeboman yang dilakukan oleh tentera Jepun ketika kemaraanya ke Pulau Pinang pada tahun 1941.Menara itu selamat namun disebabkan momentum letupan itu,menara itu condong sedikit sehingga ke hari ini.
3.MENARA JAM BESAR SUNGAI PETANI,KEDAH
Nama rasminya adalah Menara Jam Lim Lean Teng dan ianya merupakan salah satu dari tarikan utama pelancong di Sungai Petani,sebuah bandar penting di Kedah.Menara ini terletak di tengah tengah Jalan Ibrahim.
Berukuran 12.1 meter dan mula dibina pada 18 Mac 1936,ianya dibina oleh seorang jutawan Cina dari Pulau Pinang iatu Encik Lim Lean Teng.Menara ini mempunyai kubah berwarna keemasan.Menara ini dibina sebagai memperingati ulang tahun perkahwinan Raja George V yang ke 25 tahun.
4.MENARA JAM BESAR ALOR SETAR
Menara jam ini dibina pada tahun 1912 dan terletak di Jalan Putera berhampiran dengan Masjid Zahir.Menara ini dibina bercirikan seni bina campuran Islam dan Hindu.
Elemen seni bina Islam dalam menara jam ini dapat dilihat pada kubahnya dan ukiran dinding yang terdapat pada dinding atasnya.Pintu masuk dan bahagian dinding bawahnya dipengaruhi elemen seni Hindu.Menara ini tidak mempunyai elemen seni bina Barat.
Menara masjid ini berkait rapat dengan Masjid Zahir,Masjid Negeri Kedah Darul Aman dari segi peranan dan fungsinya.Dahulu,menara jam ini akan membunyikan locengnya setiap kali waktu solat,diikuti bunyi nobat yang didendangkan di Balai Nobat berhampiran sehinggalah bilal naik ke atas menara untuk melaungkan azan.
5.MENARA JAM BESAR PARIT BUNTAR,PERAK
Menara ini dibina selepas era kemerdekaan,iatu sekitar tahun 1957.Menara ini adalah antara tarikan utama di Parit Buntar,sebuah pekan kecil yang aman damai di utara Perak,bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah.
Menara ini terletak di pertengahan bulatan di Jalan Dewan,Jalan Teh Peh Kong dan Jalan Taiping berhampiran Pekan Lama Parit Buntar di tebing Sungai Kerian.Menara ini dibina dan dibiayai perbelanjaannya oleh seorang tauke getah Cina,Lim Chong Chee.Menara ini siap pada tahun 1959 dan dirasmikan pada 24 Ogos 1961 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama,YTM Tunku Abdul Rahman Putra al Haj.
6.MENARA CONDONG TELUK INTAN,PERAK
Kalau di Itali,kita ada Menara Condong Pisa.Malaysia juga ada menara condongnya sendiri iatu Menara Condong Teluk Intan.Menara ini terletak di tengah tengah bandar Teluk Intan,sebuah bandar yang harmoni di selatan negeri Perak.Menara ini condong sedikit ke arah kiri,sama seperti Menara Condong Pisa.
Namun fungsi kedua duanya berbeza.Ini kerana Menara Condong Pisa merupakan sebuah menara loceng gereja manakala Menara Condong Teluk Intan berfungsi sebagai tempat menyimpan air ketika musim kemarau dan juga sebagai menara jam.
Menara ini dibina oleh seorang kontraktor Cina iatu Leong Choon Chong.Dari luar kita melihat menara ini mempunyai 8 tingkat,namun sebenarnya ia cuma mempunyai 3 tingkat sahaja.Menara ini berbentuk seperti pagoda.Pada zaman penjajahan Jepun,menara ini menjadi menara kawalan tentera Jepun.Menara ini menjadi monumen negara pada tahun 1957 dan sehingga sekarang menjadi tarikan pelancongan utama ke bandar Teluk Intan.
7.MENARA STADTHUYS,MELAKA
Jika kita pergi ke Bandar Lama Melaka,pasti kita menemui satu bangunan lama berwarna merah terang.Bangunan itu bernama Stadthuys dan merupakan bangunan pentadbiran penjajah Belanda yang menjajah Melaka sekitar abad ke 17.
Di pekarangan Stadthuys kelihatan sebuah menara jam yang jika dilihat sekilas lalu,adalah sebahagian dari Stadthuys juga.Namun,menara jam itu sebenarnya jauh lebih muda berbanding usia bangunan Stadthuys.
Menara Jam Stadthuys atau lebih dikenali sebagai Menara Jam Tan Beng Swee (juga terkenal dengan nama Menara Jam Merah di Melaka) dibina pada tahun 1886,lebih kurang 61 tahun selepas penyerahan wilayah Melaka dari Belanda kepada British.
Menara ini dibina atas arahan Encik Tan Jiak Kim,seorang dermawan berbangsa Cina untuk memenuhi permintaan mendiang ayahandanya,Tan Beng Swee.Jam besar untuk menara ini diimport khas dari England.
Pada tahun 1982,jam menara itu ditukar dengan sebuah jam keluaran Seiko,sebuah syarikat jam dari Jepun.Ini mencetuskan kemarahan kebanyakan penduduk tua Cina di sekitar Melaka kerana mengenangkan keperitan mereka hidup di zaman penjajahan Jepun.
8.MENARA JAM BIRCH,IPOH,PERAK
Menara ini dibina pada tahun 1909 oleh British di Ipoh,ibu negeri Perak berhadapan dengan Masjdi Negeri Perak Darul Ridzuan.Menara ini dinamakan sempena nama Residen British pertama di Perak iatu J.W.W Birch.
J.W.W Birch dilantik sebagai Residen Perak pada 1874 selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Perak dan British.Namun,disebabkan sikap biadabnya terhadap Sultan Perak dan menghina adat istiadat orang Melayu ketika itu,Birch akhirnya dibunuh oleh pejuang pejuang Perak yang diketuai oleh Seputum di Pasir Salak pada tahun 1875.
Di sekeliling menara jam itu,terdapat panel lukisan yang menggambarkan tokoh tokoh dunia yang berjaya membina tamadun termasuklah tokoh tokoh agama.Turut dimuatkan dalam panel lukisan itu ialah figura yang menggambarkan Nabi Muhammad,namun dihapuskan figura itu pada tahun 1990 kerana bimbang mengundang sensitiviti kepada masyarakat Islam pada masa itu.
-RAD-The Patriots-