Apa itu kardio?
Apa itu kardio?
Cardio ialah suatu bentuk senaman
yang menguji
dan
memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali
dalam tempoh-tempoh tertentu,
pada intensity tertentu.
Apakah contoh-contoh kardio?
Secara umumnya, apa
sahaja jenis senaman
yang mampu membuat jantung kita berdegup lebih laju berbanding biasa,
dan berpeluh dengan lebih
banyak berbanding biasa. Ini
termasuklah jogging,
berlari, bermain futsal,
berenang, skipping dan berbasikal.
Adakah kardio boleh membakar lemak?
Kardio yang dilakukan
melebihi 20 minit (setiap satu
sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada
pengambilan karbohidrat
dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.
Adakah ini bermaksud kita perlu berlari/jogging melebihi 20 minit tanpa henti?
Secara praktikalnya, YA. Kita perlu
berlari selama 20 minit tanpa henti
untuk memastikan
badan kita
MULA menggunakan lemak badan sebagai
sumber alternatif.
Lemak badan sebagai sumber alternatif
Secara teorinya, badan kita akan menggunakan
sumber
tenaga berikut (The Hierarchy
Scale
of Energy), mengikut turutan:
1.
MUSCLE GLYCOGEN – glycogen
dalam otot, bersedia
untnk dipakai.
2.
LIVER GLYCOGEN
– ini sumber glycogen ‘kecemasan’, dipakai
apabila ‘Muscle Glycogen’ menjadi rendah.
3.
BBA (BLOOD BORNE AMINO
ACIDS) – Branched Chain Amino Acids dari
protein.
4.
FAT – Ini yang kita perlu buang.
Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga
di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama,
badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga
3. Selepas 20 minit,
barulah badan mula menggunakan
sumber yang ke-4, yakni lemak.
Maka secara teorinya,
kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran
lemak badan (dengan syarat
tanpa mengambil
sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana
ini
akan melambatkan lagi
tempoh untuk
badan menggunakan sumber yang ke-4).
Bagaimana kalau menggantikan jogging dengan kardio yang lain? Adakah konsep pembakaran lemaknya masih sama?
Ya, kita boleh lakukan kardio yang lain
mengikut kesesuaian kita, dan
konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama,
dengan syarat
intensitinya adalah selari
dengan contoh di
atas iaitu jogging.
Contoh-contoh kardio yang dinyatakan secara amnya mempunyai
intensiti yang hampir sama dengan
jogging.
Bagi seseorang yang tidak suka
jogging, tidak
tahu berenang dan tidak
bermain skipping, atau tidak
pandai main futsal. Ada kaedah/cara lain?
Kita kena bijak ambil kesempatan
dan
peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber
tenaga yang digunakan (The Hierarchy
Scale
of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar
dari PT bertauliah di luar
sana, lakukan weight training
untuk 20 minit yang pertama,
diikuti
dengan 10-15 minit
kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja
sedaya upaya untuk ‘menghabiskan’ 3 sumber tenaga yang pertama dalam The
Hierarchy Scale of
Energy, dan apabila
kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita
sudah tiada
pilihan sumber tenaga
lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya
berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar
lemak dengan banyak.
Tapi buat mereka yang betul-betul
ingin menjaga stamina, suka
atau tidak, tahu atau pandai, berjogginglah, atau
lakukan kedua-duanya, selang-seli
pada hari yang berbeza.
