Majlis Pernikahan Ezad Exists & Nor Azeana

Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis pernikahan pelakon dan penyanyi popular Ezad Lazim atau lebih dikenali sebagai Ezad Exists dengan pasangannya Nor Azeana, bertempat di Masjid Sungai Limau, Lunas Kulim Kedah.

Majlis telah berlangsung tepat jam 10.40 pagi dan telah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Haji Ramli Talib, dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran RM15,000 berserta tujuh berbalas sembilan dulang.

Segala foto untuk majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini telah mendapat sentuhan kreatif daripada jurufoto profesional iaitu Khairol B. Salleh, dari The Philosophy Pictures.

Untuk makluman, majlis resepsi pasangan mempelai ini bakal berlangsung pada 1 Jun depan di Keriang Hill Resort, Alor Setar, Kedah.














Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???