Antara cendekiawan islam yg ilmu mereka dari dulu smpai sekarang seluruh dunia cedok

Di masa sekarang ini., ramai orang mengagung-agungkan tokoh-tokoh barat. Adakah mereka sedar yang tokoh-tokoh islam tidak kurang hebatnya. Adakah mereka kenal Ibnu Rushd? adakah mereka kenal Ibnu Zuhr? Mereka hanya mengenali sedikit sahaja contohnya Ibnu Sina. 


1. ABUL QASIM AL-ZAHRAWI (Abulcasis)



Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi (936 - 1013), (Arabic: أبو القاسم بن خلف بن العباس الزهراوي) dikenali di barat dengan gelaran Abulcasisdan dianggap sebagai `Bapa Bedah Moden `. Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu. Beliau mencipta banyak alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang yang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai `haemophilia`.

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi telah mengarang kitab at-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gherard kelahiran Cremona dari bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Cambell di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.

2. IBNU SINA



Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: ابن سینا Ibn Sīnā‎), atau dikenali sebagai "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sumbangan

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalambahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب الشفاء) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakangAristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Penulisan Lain

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Teori perubatan

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Falsafah

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".
Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi) - wiki


3. AL-KINDI



Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai Al-Khindi (801-873). al-Kindi dilahirkan di Kufa, pusat pengajian dunia belajar di suatu masa. Bapanya adalah gabenor Kufa, sebagaimana datuknya sebelumnya. al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad Kelima dan Keenam, tetapi kehilangan kuasa pada pertengahan abad Keenam.
Pendidikan al-Kindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian merebak, dan Khalifah al Ma'mun melantiknya di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil.)

Apabila al Ma'mun meninggal, abangnya (al Mu'tasim) menjadi Khalifah, dan al-Kindi dikekalkan dalam jawatannya, serta mengajar anak al Mu'tasim. Bagaimanapun, ketika pemerintahan al Wathiq, dan terutamanya al Mutawakkil, peluang al-Kindi' surut. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini: sesetengah orang mengatakan kejatuhan al-Kindi akibat persaingan di Rumah Kebijaksanaan, yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al Mutawakkil terhadap orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan muslim). Malah, pada suatu ketika, al-Kindi pernah di pukul dan perpustakaannya disita buat sementara. Beliau meninggal dalam semasa pemerintahan 873 CE bagi al M'utamid.
al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Selama hayat beliau (dan untuk kira-kira seabad selepas itu) beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling besar, ada akhirnya hanya diatasi oleh nama nama hebat seperti sebagai Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-Pharabius) dan Ibn Sina (Avicenna). Beliau adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun; sesungguhnya, beliau sering dirujuk hanyalah sebagai "ahli falsafah Arab".

Satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan di tangan yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif). Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.

Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan (terutama) Plato baru (neo Plato). Bagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana ia memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Muslim. Kebanyakan apa yang kanan menjadi perbendaharaan kata falsafah piawaian Arab berasal dari al-Kindi; sesungguhnya, jika tidak kerananya, hasil ahli falsafah seperti al Farabi, Avicenna, dan al Ghazali mungkin tidak tercapai.

Pencapaian lain

Sebagai seorang doktor, al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia; beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs.

Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua buah buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua buah buku setiap satu), logik (sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku). Pengarunnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga aktif dalam bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.

Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang, bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab — yang lebih penting lagi, dua puluh empat hasil kerja beliau yang hilang telah dijumpai kembali pada pertengahan abad ke dua puluh. Sebagai contoh, misalnya, satu teks yang baru ditemui Manuskrip berkenaan Nyah Diskrip Perutusan yang Diskrip, satu wacana dalam kriptologi, merangkumi kaedah pemecahan tulisan rahsia, encipherments, pemecahan tulisan rahsia bagi encipherments tertentu, dan analisis statistik dan penganalisisan statistik mengenai surat-surat dan penggabungan surat dalam Tulisan Arab.
Antara sumbangan besar Al-Khindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.
Al-Khindi juga menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti berikut :-
• Astronomi (16 buah)
• Aritmetik (11 buah)
• Geometri (32 buah)
• Perubatan (22 buah)
• Fizik (12 buah)
• Falsafah (22 buah)
• Logik (sembilan buah)
• Psikologi (5 buah)
• Muzik (tujuh buah)
Selain itu, Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya - wiki

4. IBNU AL-BAITAR



Perintis perubatan herba

RATUSAN bahkan ribuan jenis herba kita miliki hari ini. Sebagai ubat alternatif, herba mempunyai banyak manfaatnya. Ibnu al-Baitar (w. 1248) sebagai ilmuwan perubatan Islam terkemudian sudah mengumpulkan 1,400 jenis tumbuh-tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dalam bukunya, Kitab al-Jami’ fi al-Adwiyah al-Mufradah (Buku Kumpulan Ubat-Ubatan). Siapa perintisnya dalam sejarah Islam? Itulah al-Asma’i yang hidup pada zaman khalifah Harun al-Rasyid daripada Khalifah Abbasiyah, yakni lebih daripada 400 tahun sebelumnya.

Nama sebenar al-Asma’i ialah Abdul Malik ibn al-Quraib yang lebih dikenali dengan Abu Said al-Asma’i. Beliau lahir di Basrah pada 122 Hijrah/740 Masihi dan meninggal dunia di kota sama pada 216 Hijrah/831 Masihi.

Ilmu tumbuh-tumbuhan yang salah satu kajiannya mengenai perubatan herba ditakrifkan dalam kitab Madinah al-’Ulum sebagai ilmu yang mengkaji keutamaan jenis tumbuh-tumbuhan, keajaiban, bentuk, manfaat, dan mudaratnya. Di samping itu ia juga mengkaji cara penggunaannya untuk perubatan.

Tarikan pada tumbuh-tumbuhan tidak hanya melahirkan ahli perubatan herba, namun juga melahirkan perkembangan menakjubkan di bidang pertanian. Termasuk, teknik baru dalam mengembangkan tanaman, bahkan pembangunan bendungan dan pengairan.

Daripada pelbagai kajian yang dilakukan ilmuwan Muslim soal tanaman ini, kemudian lahirlah ilmu mengenai perubatan herba. Dalam banyak karya penulisan Islam pada abad pertengahan, kehidupan tumbuh-tumbuhan erat kaitannya dengan ilmu perubatan dan agronomi.
Bahkan kemudian, filolog Muslim menggambarkan tanaman secara sistematik. Bermacam macam jenis tumbuhan digolongkan menurut jenisnya. Ada tanaman masuk dalam golongan pohon, bunga, sayur-sayuran, dan semak belukar. Pohon juga dibahagikan menurut kualiti yang dapat dimakan dari kulit dan biji buah-buahan pohon itu.

Al-Asma’i menuliskan kajian mengenai tumbuh-tumbuhan ini dalam bukunya yang bertajuk Kitab al-Nabat wa al-Shajar (Buku Tumbuh-tumbuhan dan Pohon). Dalam buku hasil kajian dan penyelidikannya itu dibahas pada pengantarnya huraian mengenai pelbagai pendapat sekitar dunia tumbuh-tumbuhan. Pertama, beliau menjelaskan mengenai pelbagai jenis tanah berserta sifat yang menunjukkan kesesuaiannya bagi penanaman dan pengembangan tumbuh-tumbuhan.

Kemudian beliau menghuraikan pelbagai hal mengenai pepohonan termasuk di dalamnya huraian mengenai tahap-tahap pertumbuhannya. Beliau juga membahagikan jenis-jenis tanaman dan menunjukkan contoh dari setiap jenis. Akhirnya, beliau menggambarkan pelbagai jenis tumbuhan yang hidup di dataran dan padang pasir. Secara keseluruhannya, dalam buku ini, al-Asma’i menjelaskan 230 jenis tumbuh-tumbuhan.

Buku ini disunting oleh A Haffner dan Louis Syeicho dan diterbitkan pada 1908 di Beirut. Kemudian disunting semula dan dikaji oleh Dr Abdullah Yusuf al-Ghunaim pada tahun 1947 di Kaherah.

Jika di sebelah timur wilayah Islam iaitu Andalusia pada zaman keemasan Islam ada seorang ahli herba terkenal bernama Ibnu Juljul, Abu Da’ud Sulayman bin Hassan, yang menulis berbagai-bagai macam tumbuhan yang penting bagi ubat-ubatan dalam buku Maqalah termasuk sifat tumbuh-tumbuhan berkenaan.
Kemudian, beliau juga menuliskan kesan dari penggunaan tumbuh-tumbuhan itu bagi organ tubuh tertentu. Tumbuh-tumbuhan untuk herba yang ditulisnya sebanyak 28 jenis berasal dari India atau yang perjalanannya melalui jalan perdagangan India, dua dari Yaman, dua dari Mesir, satu dari Ceylan, satu dari Khwarizm, dan dua dari kota yang dekat dengan Kordoba.
Dalam bukunya itu, Ibnu Juljul kadang-kadang menuliskan nama orang yang pertama kali menggunakan tumbuhan berkenaan untuk perubatan atau orang yang menceritakan fungsi dan kesan penggunaan tumbuhan pada tubuh manusia.

sumber

5. ABU ALI HASAN IBNU AL-HAITHAM (AL-HAZEN)



Tokoh Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham
(Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah). Beliau ialah seorang Muslim, ahli sains Muslim dan polymath yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi. Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.
Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang [optik]], dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik,oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.Beliau juga dikenali dengan nama berian Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"di Eropah Zaman Pertengahan.

Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila. Akibatnya beliau dikenakan penahanan dalam rumah. Pada waktu dan selepas itulah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah meninggal dunia.

Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.

Biografi

Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham dilahirkan di Basra, Iraq yang pada masa itu merupakan sebuah wilayah Empayar Buyah.[1] Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi.[18][19] Berkemungkinan besar beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau dididik di Basra (sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, Basra merupakan "kunci kepada permulaan pedidikan"),[20] dan diBaghdad, ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah, yang juga menjadi pusat "kemuncak tamadun Islam".Sewaktu di Iran Buyah, beliau bertugas sebagai pegawai awam dan membaca banyak karya-karya teologi dan sains.

Satu kisah kerjayanya menceritakan yang beliau dipanggil ke Mesir oleh pemerintah Kekhalifahan Fatimiyyah, Al-Hakim bi-Amr Allah, untuk mengawal pembanjiran sungai Nil, suatu usaha yang memerlukan pembinaan empangan di tempat terbinanya Empangan Aswansekarang. Selepas kerja luar menyedarkan beliau akan kemustahilan rancangannya,dan takut akan kemarahan khalifah, beliau pura-pura gila. Ibn al-Haitham dikenakan hukuman penahanan dalam rumah dari tahun 1011 M sehinggalah kematian Khalifah al-Hakim dalam tahun 1021.Dalam waktu penahanan itu, beliau menghasilkan sebuah kitab yang amat berpengaruh, Kitab Optik. 

Selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menerbit banyak lagi treatis berkaitan fizik ilmu falak dan matematik. Beliau kemudiannya pergi keAl-Andalus. Dalam waktu ini, beliau terus menerus menjalankan pengajian saintifik termasuk kajian tentang optik, matematik, fizik,perubatan, dan pengembangan kaedah saintifik moden yang berlandaskan ujikaji.
Beberapa periwayat hidup mengatakan Ibn al-Haitham lari ke Syria, kemudian pergi ke Baghdad pada usia tua, atau berada di Basra semasa beliau pura-pura gila. Walau apapun, beliau berada di Kaherah menjelang tahun 1038. Semasa beliau berada di Kaherah, beliau terhubung dengan Universiti Al-Azhar, disamping "Rumah Hikmah"" bandar itu, yang dikenali sebagai Dar al-`Ilm (Rumah Ilmu), yang merupakan perpustakaan "terpenting" selepas Baitul Hikmah di Baghdad.

Legasi

Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan eksperimen dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali - wiki

6. IBNU ZUHR



Abu Marwan Ibn Zuhr (kk 1091-1094 hingga kk 1161-1162; dikenali di Barat sebagai "Avenzoar") adalah seorang pakar perubatan, klinisiandan ahli parasitologi yang beragama Islam pada Zaman Pertengahan.

Dilahirkan di Seville, Abu Marwan mengkhususkan dalam bidang perubatan dan berkhidmat di bawah Al-Murabatun (Almoravides). Akan tetapi selepas kekalahan Al-Murabatun oleh Al-Muwahadun (Al-Mohades), beliau bertugas di bawah Abd al-Mu'min yang merupakan raja Muwahidpertama.

Berbeza dengan amalan ahli sains Islam pada masa itu, Abu Marwan menumpukan masanya dalam satu bidang sahaja, yakni bidang perubatan. Oleh sebab itu, beliau membuat banyak sumbangan yang lain daripada yang lain. Abu Marwan menekankan kepentingannya pencerapan serta ujikaji dalam kerjanya. Beliau amat cekap dalam pembedahan mayatdan faham tentang anatomi secara terperinci.
Abu Marwan adalah ahli sains pertama yang membuat ujian pelbagai ubat pada haiwan sebelum menggunakan untuk manusia. Beliau juga merupakan ahli sains pertama yang memerincikan kudis buta serta tungau gatal, dan oleh sebab itu, beliau telah digelarkan sebagai ahli parasitologi yang pertama. Abu Marwan juga yang pertama memberi perincian terhadap pembedahan trakeotomi dan pengamalan memberi makanan secara langsung melalui gulet bagi kes-kes yang tidak boleh menyuap secara biasa. Tambahan pula, Abu Marwan menyempurnakan perincian klinikal mengenai ftisis usus, keradangan telinga tengah, perikarditis dan tumor mediastinum, di antara yang lain.

Sumbangan Abu Marwan telah dimasukkan ke dalam karya-karyanya yang agung; daripada karya-karyanya, cuma tiga buku masih wujud:
Kitab al-Taisir fi al-Mudawat wa al-Tadbir (Buku pemudahan mengenai terapeutik dan diet): Buku ini memerincikan keadaan patologi serta terapinya dan merupakan bukunya yang paling mustahak.

Kitab al-Iqtisad fi Islah al-Anfus wa al-Ajsad (Buku kursus tengah mengenai pemulihan roh dan badan): Buku ini memberi ringkasan mengenai penyakit-penyakit, terapeutik dan kebersihan yang dikarang semata-mata untuk orang ramai.

Kitab al-Aghthiya (Buku mengenai bahan makanan): Buku ini memerikan pelbagai jenis makanan dan ubat serta kesannya kepada kesihatan.
Pengaruh Abu Marwan ke atas perkembangan sains perubatan telah berlanjutan beberapa abad di seluruh dunia - wiki

7. ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ZAKARIA AL-RAZI



Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi (محمد زکریای رازی) atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.

Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H).
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

Razi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power of reason); dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis he was widely regarded by his contemporaries and biographers as liberal and free from any kind of prejudice, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".

Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin.

Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya, dan 'Hari Razi' ('Hari Farmasi') disambut di Iran setiap27 OgoS

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???