TRAGEDI 1313 : Kisah Pencerobohan di Sabah

Oleh : MUTALIB M.D


SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak ******' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!


_________________________________________________________________________________




_________________________________________________________________________________





EKORAN kejadian tembak menembak di Kampung Tanduo, Tungku, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang serpihan Kumpulan Tentera Mat Bom yang berada di Lahad Datu sebelum dikepung pihak berkuasa akan bertindak balas ketika kumpulan mereka diserang.

Warga Lahad Datu dalam keadaan panik sejak mendapat berita bahawa empat pasukan keselamatan cedera sekalipun setakat ini hanya dua dimasukkan ke Hospital Lahad Datu; menyebabkan kebanyakan kedai dan sekolah ditutup awal.

Berita angin yang disebarkan lebih cepat daripada siber menyebabkan Lahad Datu lengang dan dipenuhi tentera sebagai langkah pengawasan; seolah-olah Darurat.

Hanya sebuah restoran sahaja yang dibuka iaitu Restoran Auliah kerana sebelum ini sudah berpengalaman dengan serangan lanun pada 1989.

Mengikut maklumat tidak rasmi daripada koresponden di FELDA, 10 tentera Mat Bom meninggal dunia dan empat cedera parah, namun agak mengejutkan 30 orang daripada mereka dapat melepaskan diri daripada kepungan pasukan berkuasa Malaysia.

Manakala di pihak berkuasa Malaysia, dimaklumkan dua mati dan dua cedera; namun belum dapat disahkan berita sebenar sekalipun dua mayat baru tiba yang dipercayai berpangkat Sarjan dan Inspektor.

SUNYI...... Kawasan Pasar Rakyat yang selama ini penuh sesak tiba-tiba lengang.

LENGANG.....Kawasan Taman Fajar juga turut lengang sehingga semua kedai ditutup.



_________________________________________________________________

KRISIS #LAHADDATU - SENARAI NAMA ANGGOTA TERKORBAN ATAU CEDERA SETAKAT JAM 1600 HARI INI Written By Team Media Selangor on Friday, 1 March 2013 | 16:54

Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.


_________________________________________________________________________________



Sultanate of Sulu: 10 killed + 4 wounded in gunfight
Malaysian Government: 2 killed, 3 wounded in gunfight

_________________________________________________________________

Surat Arahan menutup sesi persekolahan di Lahad Datu


[IMG]
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.

_________________________________________________________________________________

1. Akhirnya pasukan keselamatan negara menggempur tentera Kesultanan Sulu pagi ini, bersamaan hari Jumaat, hari yang paling mulia dalam kalender Islam.

2. Tembakan pertama dilepaskan tepat jam 11.10 pagi.

3. Jumlah kematian di kalangan askar Kesultanan Sulu mungkin ramai (10) orang dan dikalangan pasukan keselamatan, dua anggota dari pasukan polis terbunuh (MUNGKIN 4 POLIS)….200 pengikut sultan sulu menyerah diri.

4. Kematian di kalangan polis dan orang-orang Sulu ini saya sambut dengan rasa sedih kerana manusia hilang nyawa dan darah tertumpah.

5. Wajarkan kita menyalahkan pasukan keselamatan negara, sudah tentu tidak kerana mereka telah diberi ruang, dipujuk dan dilayan dengan baik supaya keluar dari kawasan kubu mereka sebelum menghadapi tindakan undang-undang.

6. Walaupun saya sangat patriotik dan bolehlah dikatakan seorang individu yang bersifat militari dalam tindakannya tetapi saya ada manusia yang paling tidak suka pada senjata, peperangan, keganasan dan kekasaran.

7. Tidak perlulah berdebat dengan saya…saya boleh menggunakan senjata api, merupakan penembak yang baik dan ada piala kat rumah tu dalam satu pertandingan menembak anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi tetapi gagal tahap kronik dalam penggunaan pistol, semi dan auto dan saya sudah merasa peperangan.

8. Mungkin ramai yang berasa puas hati kerana penceroboh ini sudah diserbu tetapi apa yang mereka tidak nampak, akan ada lebih banyak darah ditumpahkan selepas ini.

UMAT ISLAM HILANG RASIONAL, GILA PADA DARAH

9. Saya sengaja tidak mahu update perkara-perkara yang berlaku semasa kepungan ini kerana banyak perkhabaran yang kebenarannya saya tidak dapat hendak dipastikan.

10. Yang paling saya berasa sedih, majoriti umat Islam dari pembacaan saya dalam Facebook, forum dan blog-blog tempatan mahu penceroboh ini dibunuh.

11.Hanya sedikit yang berdoa supaya penyelesaian ditemukan secara damai dan kegilaan pada darah ini menyebabkan pasukan keselamatan dan kerajaan diherdik, diperkecilkan seperti seolah-olah takut dan lembab dalam mengambil tindakan dan mereka memanggil askar dan polis sebagai “ANJING”.

12.Tetapi berapa ramai pula yang mengkaji isu-isu luar dan bakal berbangkit dari insiden ini?

PEPERANGAN DARI SUDUT ISLAM

13.Berapa ramai pula yang mengkaji hukum dan syarat peperangan dalam Islam?

14.Antara yang saya pelajari…musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

15.Pesalah atau musuh negara diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika engkar…hukuman yang keras-sekerasnya akan dijatuhkan.

16.Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.

17.Soal peperangan itu sendiri, adakah ia mendapat sokongan rakyat atau tidak?

18.Yang paling ketara, mereka yang dahaga darah dan beria-ria mengherdik dan memperkecilkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), rata-rata penyokong pembangkang yang selalu mendakwa mereka ini lebih Islam dari yang lain.

19.Kumpulan ini yang mendakwa mahu menegakkan Islam di bumi Islam ini.

20.Hanya sekelip mata kita lihat, bagaimana kumpulan yang mendakwa diri mereka pejuang Islam akhir zaman ini yang kononnya menentang kezaliman, menuntut keadilan dan kebenaran benar-benar nekad mahu melihat orang-orang Sulu ini mati.

21.Bila saya fikir-fikirkan balik…saya nampak satu perkara, umat Islam yang berpegang kepada tali yang dibawa Rasulullah SAW ini semakin mengecil…terlalu sedikit, dan jumlah yang sedikit ini yang mungkin ada 2-3 orang di kalangan pembangkang atau 2-4 orang di kalangan penyokong kerajaan dan 2-3 orang di pihak yang berkecuali dan mereka inilah yang akan berjuang dengan seikhlas hati apabila kelak masanya sampai.

PATUTKAN ORANG-ORANG SULU INI DIPERANGI?

22.Jika ditanya pada saya…sewajarnya memang YA kerana amaran dan nasihat sudah dikeluarkan.

23.Ini juga menjadi jawapan kepada semua tuduhan pembangkang yang kononnya pemerintah kita ini zalim.

24.Sudah jelas kerajaan melalui agensi pasukan keselamatan biasanya akan memberi amaran dan nasihat sebelum tindakan keras dibuat dan ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi, bermula dari Memali, Sauk, perhimpunan haram sehinggalah ke insiden di Lahad Datu.

25.Tidak timbul soal polis atau tentera menyerang orang awam secara membabi buta seperti yang selalu difitnah pembangkang dalam insiden di Memali.

SITUASI DI LAHAD DATU SEKARANG INI.

26.Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.

27.Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).

28.Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.

29.Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.

30.Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.

31.Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera.

32.Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.

33.Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat.


_________________________________________________________________________________

Dalam doa dan kenangan rakyat Malaysia



_______________________________________________________________________________

Sabah standoff over

ome 10 followers of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah surrendered to authorities Friday, signalling the end of the weeks-long standoff there between Kiram's group and Malaysian police, according to a Philippine government official.

But the standoff was not without bloodshed, however, as three people, two of them members of the Malaysian police, were killed and another one was wounded in an encounter, said Foreign Affairs spokesman Raul Hernandez at a press briefing in Manila.

Hernandez said the information came from Malaysian Ambassador Mohammad Zamri bin Mohammad Kassim, who met with Foreign Affairs secretary Albert del Rosario at the Department of Foreign Affairs (DFA) office.

The surrenderees were led by Kiram's brother, Raja Muda Agbimuddin, Hernandez said. The rest of the group reportedly "escaped to sea."

Hernandez, however, said there was no confirmation yet on reports that the encounter between Kiram's followers and members of the Malaysian police has resulted in the deaths of 10 Filipinos, as claimed by Kiram's camp at a separate briefing in Taguig City.

Quoting the Malaysian ambassador to the Philippines, Hernandez said the Philippine Navy is now seeking clearance to send a medical team to Lahad Datu in Sabah to attend to the wounded and those in need of assistance.

_________________________________________________________________

Lahad Datu: 12 orang dipercayai terbunuh

Dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan "memalukan" mereka dan kesultanan Sulu.

"Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini," Azzimudie dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

"Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman...," tambahnya.

Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.

Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram - Abraham Idjirani - kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.

Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.

The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.

"Kita bercakap dengan beliau. Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, " katanya.

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.

http://www.malaysiakini.com/news/222660


_______________________________________________________________________________









_______________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt.

Setelah mengikuti 'thread' dari mula keluar sampai hari ni, aku nak kemukakan satu rumusan yang pada analisa aku adalah seperti berikut;

1) Kedatangan puak ni ke Lahad Datu adalah untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang sedang sakit dan bukan bertujuan untuk berperang. (Ada laporannya pada post pertama dulu)

2) Kebanyakannya yang datang bersama-sama Haji Musa @ besan Mat Bom adalah para oportunis dan pengiring yang punya sedara mara di Kampung Tanduo.

3) Mereka mungkin dijanjikan (laporannya ada dalam post awal dulu) oleh samaada Haji Mussa atau Mat Bom bahawa sebelum mati Mat Bom akan membuat pembahagian tanah milik beliau (yang tuntutunnya telah kalah di mahkamah sebagaimana dalam post the_killer_ash)

4) Mat Bom dan anaknya telah menipu Haji Musa dan suku sakat Sultan Sulu bahawa beliau telah berjaya dalam tuntutan keatas tanah Felda dan mengundang sedara-mara dan suku sakat Sulu untuk menandakan plot tanah bahagian masing-masing.

5) Tujuan asal Mat Bom dan anaknya Mohd Ali mengarahkan suku sakat Sultan Sulu dan Haji Musa datang bersama-sama pengawal bersenjata adalah untuk menggertak pihak berkuasa Felda.

6) Besar kemungkinan bahawa anak Mat Bom (Mohd Ali) dan Mat Bom sendiri telah menipu Haji Musa dan menyuruhnya memberitahu suku sakat Sultan Sulu bahawa tuntutun keatas tanah Felda (dulunya tanah milik Kesultanan Sulu) telah berjaya (sebab tu Sultan Sulu berkeras bahawa tanah tersebut adalah hak milik beliau) dan enggan keluar dari situ.

7) Setelah tembelang Mat Bom dan anaknya Mohd Ali pecah, puak ni mula bergaduh sesama sendiri dan menyalahkan satu sama lain. Tak diketahui siapa yang telah mati tertembak, mungkin Haji Musa, atau Mat Bom atau Mohd Ali.

8) Ianya tiada kaitan pencerobohan kedaulatan Malaysia sebab tu ianya lebih banyak dikendalikan olih pihak Polis Sabah sahaja.

9) Ada dalam post yang lalu menyatakan bahawa kedatangan puak ni ke Lahad Datu adalah untuk melawat saudara yang sedang sakit dan ada pihak yang menjanjikan tanah kepada mereka. Biasalah kat Malaysia pun kalau ada cerita pasal ceroboh/pembukaan tanah baru, orang akan datang/serbu ramai-ramai.

10) Kunjungan puak ni nampaknya tiada kaitan dengan politik di Malaysia sama sekali.

11) Tindakan lambat diambil keatas mereka kerana kebanyakan yang datang tu berkemungkinan besar memiliki saudara-mara di Lahat Datu (ada dalam post yang lepas) dan kita lebih bersifat berperi kemanusiaan.

12) Besar kemungkinan adik sultan sulu dah termalu sebab diklentong oleh Mat Bom dan anaknya Mohd Ali, telah memberitahu cerita sebenar kepada abangnya (Sultan Sulu) dan Sultan Sulu dah termalu, maka mengerahkan adiknya agar jangan balik selagi tak dapat geran tanah dan mula mereka-reka cerita tentang tuntutun keatas Sabah.

13) Media arus perdana tak berminat membesarkan cerita 'rombongan melawat saudara yang sedang sakit) ni sebab tiada unsur-unsur untuk 'menceroboh' dan 'berperang' pada mulanya.

14) Pihak tentera tidak mengambil tindakan 'menghapuskan' mereka kerana tujuan asal puak ni adalah untuk melawat saudara yang sedang sakit.

15) Dalam post asal ada menyatakan bahawa Haji Musa adalah orang kanan adik Sultan Sulu, oleh itu, menjadi kebiasaan "aku nak melawat besan aku kat Lahat Datu, ko nak ikut tak?" (besan aku kan member ko jugak, kan ke masa aku kawinkan anak aku dulu ko dan abang ko ada datang meraikan sama).

16) Dalam post awal ada menyatakan kebanyakan ahli rombongan yang bersenjata adalah anggota MNLF. (biasalah askar, takkan nak tinggalkan senjata, itukan kebanggan mereka).

17) Besar kemungkinan anggota rombongan yang bersenjata ni juga adalah kawan-kawan ataupun orang-orang yang pernah dibantu oleh Mat Bom ataupun mereka merupakan pengikut Haji Musa ataupun pengiring kepada adik Sultan Sulu.

18) Kesimpulannya, mereka-mereka (penceroboh) ini telah ditipu oleh sesaorang (besar kemungkinan Mat Bom) dan orang yang menipu mereka telah memberitahu mereka bahawa Kerajaan Malaysia telah enggan menyerahkan tanah yang telah dijanjikan kepada orang yang telah menipu mereka yang juga telah menjanjikan tanah-tanah tersebut kepada mereka.

19) Sebenarnya mungkin tiada niat langsung kisah Sultan Sulu nak menuntut Sabah, tapi dek kerana dah tertipu oleh mamat ni (penipu yang telah menjanjikan tanah) maka kes ini dah menjadi semakin bercelaru dan Sultan Sulu sendiri pun dah mula bengong.

19) Disini nampaknya pihak kita lebih bersimpati kepada 'penceroboh' ini sebab telah kena tipu dan tak tergamak nak 'menghapuskan' mereka.

20) Kita tunggu episod akhir kepada 'pencerobohan' ini dan apa yang terjadi kepada Ahmad Malandi @ Mat Bom, anaknya Mohd Ali dan tak lupa juga Haji Musa (yang dah mati ditembak?) Dan siapakah orang yang telah menjanjikan tanah kepada 'pencdroboh-penceroboh' ini.


Minta maaf kalau tersilap dan tersasul. kita kan hanya berforum dan bertukar-tukar pendapat dan pendangan.


__________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt.

Ini kita kena lihat dari sudut latar belakang hidup orang sulu @ tausug itu sendiri.

Dari post-post yang lepas banyak menggambarkan sikap dan latar belakang hidup mereka yang;

1) Keras kepala
2) Berani (Mungkin boleh bertindak hingga ketahap membabi buta)
3) Keras hati (Hingga mungkin boleh berprinsip ketahap tak perlu fikir panjang)
4) Ada berlatar belakangkan lanun
5) Hidup dalam lingkungan kemiskinan/ miskin tegar
6) Telah terlampau lama ditindas
7) Asas cara/tujuan hidup adalah berteraskan perjuangan
8) Sebahagian besarnya mungkin tiada/berpendidikan rendah
9) Bersikap memberontak

oleh itu manusia yang terlalu lama hidup dalam suasana di atas, mereka akan berpegang teguh kepada sesuatu pegangan dan sanggup membuat apa sahaja.

Kebiasaannya mereka akan cepat melenting tanpa berfikir panjang. Dalam kes Lahad Datu ini, mereka merasakan maruah dan perjuangan mereka untuk merasai "kesenangan hidup" sebagaimana yang dijanjikan oleh sipenipu telah dirampas oleh (didalam kes ini mungkin Felda atau kerajaan Malaysia).

Mereka tidak mahu mendapat malu bila pulang kekampung nanti kerana akan diketawakan orang kampung kerana telah ditipu bulat-bulat oleh seorang peneroka Felda.

Bayangkan perasaan seorang yang bertaraf "Tengku Mahkota" dan orang kanannya yang sudah barang tentu dihormati dan mempunyai pengikutnya sendiri, ditipu hidup-hidup oleh peneroka Felda, mana nak letak muka.

Korang bayangkan kalau terjadi kat korang, bila balik kampung, orang kampung/kawan-kawan tanya "dapat tanah?, berapa ekar? dapat duit? berapa guni? aku ingatkan dapat tanah kubur tadi, ke dapat duit ciinnaa sembahyang 3/4 guni!", fuh!...rasa-rasa mau tembak kepala sendiri, lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka.

Kita boleh nampak di sini unsur-unsur 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENCEROBOHAN SABAH OLEH MEREKA YANG MEMANGGIL DIRI MEREKA TENTERA KESULTANAN SULU

Mengapa sekarang baru nak berlaku? Ramai yang pm saya supaya berkongsi satu pandangan untuk kita fikirkan bersama2.

Kejadian ini berlaku...

1. Sebagai persediaan menghadapi PRU13.

2. Sekiranya BN tewas kepada PR, suatu kekacauan akan dicetuskan di Sabah.

3. Darurat akan diisytiharkan.

4. Kemenangan PR akan digantung serta diambil alih oleh satu Jawatankuasa yang akan dibentuk untuk mentadbir Sabah.

5. Sekiranya BN menang dan mengekalkan kuasa di Sabah, Tentera Kesultanan Sulu ini akan balik dengan aman dan lenyap tanpa kesan.

Siapa sebenarnya Tentera Kesultanan Sulu ni? Adakah mereka orang2 upahan BN? Sebab itukah Malaysia masih belum mengambil sebarang tindakan ketenteraan ke atas mereka?

Semoga kebenaran akan terserlah juga nanti.


------------------------------------------------------------------------------------------

Feb 22 2013- Insiden pencerobohan sudah masuk hari ke 10. Seperti yg di ketahui pihak polis memberi jaminan bahawa rundingan telah tamat dan proses pengusiran bermula. Oleh kerana pihak bersenjata masih tidak berganjak maka MMP mengandaikan bahawa tindakkan seterusnya sudah jelas.

Namun sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan di ambil ke atas penceroboh.











Situasi terkini : Standby mode. All in red alert. Tak mau balik serbuan akan dilakukan....... 

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???