JURAIAN METEOR PERSEIDS 12-13 OGOS 2012
Meteor Perseids adalah pancuran meteor yang berasal dari komet Swift-Tuttle. Perseids di panggil sebegitu kerana arah kenampakannya( arah ia datang) adalah terletak di dalam buruj Perseus.Namanya berasal daripada perkataan Perseides, suatu istilah yang dijumpai dalam mitologi Yunani yang merujuk kepada anak-anak Perseus.
Aliran bagi puing-puing itu dipanggil awan Perseid dan terbentang di sepanjang orbit komet Swift-Tuttle. Awan itu terdiri daripada zarah yang diusir oleh komet yang bergerak pada orbitnya sepanjang 130 tahun. Kebanyakan debu-debu di dalam awan itu pada hari ini adalah sekitar seribu tahun. Walau bagaimanapun, terdapat juga filamen debu yang agak muda di dalam aliran yang telah di keluarkan oleh komet itu pada tahun 1862. Kadar meteor yang berasal dari filamen ini adalah lebih tinggi daripada bahagian aliran yang lebih tua.
Pancuran meteor Perseid telah diperhatikan selama kira-kira 2000 tahun, dengan maklumat yang terawal mengenai hujan meteor ini datang dari Timur Jauh.
Pancuran meteor boleh dilihat dari pertengahan bulan Julai setiap tahun, dengan kemuncaknya aktivitinya ialah antara 9 dan 14 Ogos, bergantung kepada lokasi tertentu aliran. Pada waktu puncak, kadar meteor mencapai 60 atau lebih sejam. Mereka boleh dilihat di seluruh langit, tetapi disebabkan laluan orbit Swift-Tuttle, Perseids selalunya dapat dilihat di langit hemisfera utara. Kadar terbesar pancuran meteor Perseids adalah di dalam waktu sebelum subuh.
Pada tahun 2012 ini pancuran meteor Perseids akan berlaku pada 11, 12 dan 13 Ogos 2012. Secara asasnya ia telah lama muncul, tetapi kemuncaknya ialah pada 12 dan 13 Ogos ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pancuran meteor ini, sila layari laman sesawanghttp://www.falak-online.net/portalfalak/
