Hobi sebagai sumber pendapatan

Ramai yang mempunyai hobi untuk mengisi masa lapang. Namun, pernahkah anda terfikir untuk menjadikan hobi seperti kemahiran, untuk ditukar bagi menjana pendapatan? Kewujudan eBay, Mudah.my dan Lelong.com.my telah membuka peluang pencinta hobi untuk memasarkan hasil kraf tangan. produk atau perkhidmatan kepada secara percuma dengan kadar yuran yang sangat minimum. Tidak kurang juga dengan penggunaan Blog yang semakin popular dan boleh dijadikan medium untuk mempromosikan hasil kreativiti anda.

Berikut adalah tips bagaimana anda boleh menukarkan hobi kepada duit atau pendapatan.

1. Menjual Hasil anda
Sekiranya anda seorang yang mahir menjahit, melukis dan mempunyai bakat untuk menghasilkan kraf tangan sendiri, anda sebenarnya boleh menambah pendapatan daripada jualan hasil kemahiran tersebut. Promosikan   hasil kraf tangan anda di facebook atau blog terlebih dahulu bagi mendapatkan maklum balas rakan-rakan anda. Jika rakan anda mempunyai kedai atau gerai kraf, anda boleh meletakkan hasil produk tersebut secara konsainan. Anda juga boleh cuba menjual menerusi laman sesawang antarabangsa seperti www.etsy.com 
contoh laman sesawang etsy.com
Laman sesawang ini sangat popular dalam kalangan peminat kraf tangan dan menghibungkan mereka diseluruh dunia. 

2. Menjual Koleksi Anda
Anda seorang pengumpul koleksi? Anda semestinya berbangga mempunyai pelbagai koleksi permainan, setem, kerja-kerja seni yang mempunyai nilai artistik tersendiri. Anda mungkin akan berasa sayang untuk menjual koleksi tersebut, dan tidak salah untuk anda menjualkannya bagi tujuan berkongsi minat yang sama dengan orang lain. Kemungkinan harga koleksi ini boleh mencecah ribuan ringgit dan ia bergantung kepada harga semasa dan tawaran pasaran. 

3. Tukarkan  Kepada Barangan Yang anda Inginkan
Tidak semestinya hobi anda itu perlu dibayar dalam bentuk tunai. Anda boleh menukarkan hasil produk atau hobi anda kepada bentuk barangan atau perkhidmatan yang ingin anda gunakan. ini membolehkan anda untuk memperoleh koleksi lain tanpa membelanjakan wang. Pasaran dalam talian juga boleh memasarkan barangan anda kepada umum. Barangan yang hendak ditukar perlulah sesuai dengan nilai masanya. Walau bagaimanapun, pertukaran ini menuntut agar anda bersikap jujur dan beretika supaya tidak berlaku sebarang penipuan. 

4. Menjual kemahiran anda
Adakah Hobi anda memerlukan kemahiran tertentu? Sekiranya anda mahir dan telah menguasai sesuatu kemahiran, anda boleh menyumbangkan kemahiran tersebut kepada orang lain dalam bentuk wang. Bagi memperoleh kemahiran dan berpontensi, anda tidak perlu lokek melaburkan masa dan wang ringgit. Contohnya, Encik Chan bekerja sebagai seorang jurutera sepenuh masa dan seorang jurugambar untuk pekerjaan sambilan.

5. berkongsi dan mengajar terhadap sesuatu yang anda minati
Sekiranya anda seorang yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang tertentu, anda boleh mengajar kemahiran tersebut secara formal dalam bentuk kelas atau seminar. Yuran seminar @ kelas yang anda laksanakan boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada anda sekeluarga. Walau bagaimanapun, anda perlu mempertingkatkan maklumat serta perkembangan terkini agar dapat diterima oleh golongan sasaran anda.

6. Manulis Mengenai Hobi Anda
Jika anda sukar untuk mengajar sesuatu yang anda minati dalam bentuk formal, anda juga boleh menulis dan menerbitkan sebuah buku bagi berkongsi hobi anda. Anda boleh menulis sesuatu yang anda mahir seperti buku pertanian burung walit, buku resepi tradisional melayu dan sebagainya. Anda dapat berkongsi hobi dan pada masa yang sama mendapat wang hasil jualan buku tersebut.


Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???