5 Bonus Khas Ramadhan


Abu Hurairah r.a meriwayatkan
Bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda
Yang bermaksud:
“Umatku diberikan lima perkara
Yang belum pernah diberikan kepada umat-umat
terdahulu ketika Ramadan iaitu:

BONUS 1 : Bau Mulut orang yang berpuasa itu lebih
wangi daripada kesturi di sisi Allah

BONUS 2 :Para malaikat beristighfar untuk mereka
sehingga mereka berbuka

BONUS 3 :Allah memperindahkan syurganya setiap
hari dan berfirman: 'Hampir-hampir
hamba ku yang soleh akan dicampakkan
pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu
kembali kepadamu.'(Mereka Sanggup
bersusah payah di dunia demi
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

BONUS 4 :Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak
dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan
selain Ramadan

BONUS 5 :Mereka akan mendapat keampunan pada
akhir malam (orang yang beramal akan
disempurnakan pahala amalan mereka
setelah selesai mengerjakanya).'
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat
yang bertanya kepada Baginda s.a.w.:
“Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada
malam Lailatulqadar?” Baginda
menjawab: “Bukan,tetapi pelaku
kebaikan akan disempurnakan pahalanya
seusai menyelesaikan amalnya,”(Riwayat
Ahmad)



Di petik daripada Majalah Solusi Isu Khas
sempena Ramadan dan Shawal No 34

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???