Menara diiktiraf


Gambar tidak bertarikh menunjukkan imej komputer Menara Absolute di Mississauga, Ontario, yang dinamakan sebagai satu daripada pencakar langit terbaik dunia oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH), baru-baru ini. - REUTERS

LOS ANGELES 25 Jun - Empat bangunan pencakar langit yang menakjubkan di Kanada, Qatar, Australia dan Itali dinamakan sebagai bangunan terbaik di dunia untuk tahun 2012 oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH).

Bangunan itu ialah Menara Absolute di Mississauga, Kanada, 1 Bligh Street di Sydney, Palazzo Lombardia di Milan dan Menara Doha/BurjQatar di Qatar.

Menara al Bahar di Abu Dhabi pula memenangi anugerah Inovasi CTBUH pertama bagi projek luar biasa kerana ia dilengkapi dinding kaca sistem berkomputer yang boleh mengawal suhu matahari.

Sementara itu, Palazzo Lombardia merupakan bangunan pencakar langit pertama di Itali yang menerima pengiktirafan CTBUH, sama seperti 1 Bligh Street yang menjadi bangunan pertama di Australia menerima penghargaan sama.

Sebanyak 88 bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 200 meter berjaya disiapkan pada tahun 2011, berbanding hanya 32 pada 2005.

Sejumlah 96 lagi bangunan tinggi dijadual siap tahun ini.

Pemenang keseluruhan bagi kategori Bangunan Tinggi Terbaik di Dunia akan dinamakan pada Majlis Anugerah Tahunan dan Makan Malam CYBUH ke-11 di Institut Teknologi Illnois pada 18 Oktober ini.

Anugerah Bangunan Tinggi Terbaik CTBUH adalah satu penilaian bebas ke atas projek-projek baru yang dilakukan oleh satu panel eksekutif.

Projek diiktiraf atas sumbangannya yang menakjubkan dalam memberikan kelebihan kepada bangunan tinggi dan persekitaran bandar.

Tahun ini, Lembaga Amanah CTBUH turut memberi Anugerah Pencapaian Seumur Hidup kepada arkitek Lynn S. Beedle yang terkenal dengan rekaannya yang elegan dan ringkas. - AGENSI



The Absolute Towers are set to be completed in August 2012, and will reach a height of 179.5 meters (589 ft.) and 158 meters (518 ft.)



Striking: 1 Bligh Street was named the best tall building in Asia and Australasia. This 28-story elliptical tower stands out from the boxy structures nearby, in the heart of Sydney¿s central business district



Impressive: The centerpiece of 1 Bligh Street is the glass- and aluminum-lined atrium, Australia¿s tallest naturally ventilated sky lit atrium



Skyline: Palazzo Lombardia, in Milan, was named the best tall building in Europe. This 40-story government building is the first CTBUH award winner from Italy




Distinct: The Doha Tower in Qatar was named the best tall building in the Middle East and Africa



Al Bahar Towers in Abu Dhabi was named the most innovative tall building in the world

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???