Lelaki tukar jantina gagal menang Ratu Cantik Universe



BINIAZ (kiri) menjadi pemenang Ratu Cantik Universe.

TORONTO - Seorang lelaki yang menjalani pembedahan penukaran jantina, Jenna Talackova gagal memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada di sini kelmarin.

Talackova, 23, bertanding bersama 61 peserta wanita.

Namun, dia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta akhir dalam pertandingan itu.

Talackova merupakan seorang daripada empat peserta yang dinamakan sebagai Ratu Cantik Congeniality.

Semasa dia memperagakan bikini di atas pentas, para penonton memberikan sorakan kepadanya.

Talackova menjalani pembedahan pertukaran jantina empat tahun lalu.

Sebelum ini pihak penganjur membatalkan penyertaan Talackova dalam pertandingan itu kerana peraturan menetapkan hanya wanita tulen yang dibenarkan bertanding.

Namun, peraturan itu dipinda selepas keputusan membatalkan penyertaannya mendapat bantahan daripada aktivis-aktivis lesbian, biseksual, gay dan transeksual.

Pada pertandingan itu, Sahar Biniaz, 26, memenangi mahkota Ratu Cantik Universe Kanada. - Agensi

Jenna Talackova 





 

Jenna Talackova


p/s = awas kaum wanita semua. fonen2 dh advance hahahaa

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???