Kota-kota di pinggir jurang yg menakjubkan

Bonifacio (Corsica): 70 meter (230 kaki) diatas Laut Mediterranean


Bonifacio (Corsica): 70 meter (230 kaki) diatas Laut Mediterranean
Berada di hujung selatan pulau Corsica, Bonifacio, merupakan daerah terpadat di pulau itu. Kota ini berada di benteng dari batu kapur putih pada ketinggian 70 meter. Seiring dengan peredaran waktu, kota batu kapur ini sedikit demi sedikit terhakis oleh ombak besar laut Mediteranian yang menghentam tebingnya. Pada masa dahulu, tempat ini menjadi tempat perlindungan angkatan tentera laut, namun sekarang ia telah berubah menjadi kota pelabuhan, tempat persinggahan kapal-kapal pesiaran mewah dari seluruh dunia




Ronda (Sepanyol) : berada di bibir jurang sedalam 100 meter


Lokasinya terletak di pegunungan sangat tinggi sekitar 750 meter dari aras laut. Kota Ronda masuk dalam wilayah Malaga, Sepanyol. “El Tajo”, jurang yang memiliki kedalaman 100 meter memisahkan kota tua dan kota baru. Di bibir jurang terdapat hotel – hotel dan juga penempatan penduduk. Ada tiga jambatan yang tersedia untuk menyeberangi jurang itu, yang dibina pada masa yang berbeza. Tetapi apa yang past,i ketiga – tiga jambatan tersebut merupakan jambatan yang sudah ada sejak berusia ratusan tahun iaitu sejak zaman Rom




Santorini (Greece): Syurga DiKetinggian 300 meter



Santorini (Greece) digelar kota syurga kerana keindahannya. Kota yang terletak 200 km sebelah selatan Yunani ini berada pada ketinggian 300 meter dari aras laut. Digambarkan kota yang berada di pegunungan tinggi ini sangat indah, ibarat ‘syurga’ kerana pemandangannya yang luar biasa. Pulau Santorini terbentuk dari letusan gunung api yang dahsyat pada masa lalu yang menghancurkan kawasan sekitarnya.Tempat ini sangat indah dan menjadi lokasi yang paling banyak dikunjungi pelancong dari Eropah. kerlipan lampu pada malam hari membuatkan nadi kota ini berdenyut tanpa henti.




Castellfolit de la Roca (Sepanyol)



Castellfolit de la Roca (Sepanyol) terletak di atas sebuah gunung batu setinggi 50 meter, merupakan kota lama di Catalonia, Sepanyol. Kota ini berada di perbatasan diantara pertemuan sungai Fluvià dan Toronell, yang mengalir diantara gunung batu yang menjadi dasar kota.
Kononnya gunung batu itu terbentuk dari aliran lahar yang terkumpul sehingga 50 meter tingginya dan sepanjang hampir 1 km. Kota ini merupakan salah satu kota terkecil di wilayah itu



Manarola – tempat paling berbahaya di Itali


Lokasinya terletak di Liguria, Manarola. Kota ini kononnya merupakan kota tertua yang telah berdiri ribuan tahun yang lalu iaitu sekitar zaman Rom berkuasa. Menurut sejarah, tempat ini merupakan tempat pengeluaran anggur dan itu masih masih dapat dilihat sehingga sekarang dimana kebun-kebun anggur masih ada disepanjang jalan kota. Kalau anda berkunjung ke sana anda boleh melawati kebun – kebun anggur. Jalan – jalan di Via dell’Amore (Path of Love) anda akan menjumpai bangunan – bangunan berwarna cerah yang berada betul – betul ditepi jurang

Catatan popular daripada blog ini

Dadah - Jenis-Jenis & Kesannya

16 jenis solat sunat

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???